[EKSKLUSIF] CINTA SEORANG SUAMI (BUKAN CINTA BIASA) | Kisah Nyata Kisah Benar | Kisah benar dari seberang… cukup memberi kesan pada jiwa.

Dilihat
  dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan  
sudah mendekati malam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi  
dengan menjaga isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka   
berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang 
anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak
 ke empat ………tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal 
itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak  tahun ke tiga 
seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak  bertulang.lidahnya 
pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak 
suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat 
isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum ke tempat kerja dia meletakkan 
isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..
Walau
  isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya  
tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya
  tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga tengah hari dia boleh pulang
  ke rumah untuk menyuap isterinya makan. Petangnya dia pulang 
memandikan  isterinya, menukar pakaian, dan selepas maghrib dia temankan
 isterinya  menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami 
seharian.
Walaupun  isterinya hanya mampu memandang (tidak
 mampu memberikan respons ), pak  suyatno sudah cukup senang bahkan dia 
selalu menggoda dan bergurau  dengan isterinya setiap kali menjelang 
tidur.
Rutin ini  dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 
tahun. Dengan sabar dia menjaga  isterinya bahkan sambil membesarkan ke 
empat buah hati mereka, sekarang  anak-anak mereka sudah dewasa cuma 
yang bongsu masih belajar di  institusi tinggi.
Pada suatu
 hari ke empat anak suyatno  berkumpul di rumah ibu bapa mereka sambil 
menjenguk ibunya. Kerana  setelah berkahwin mereka tinggal dengan 
keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap menjaga ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.
Dengan
  kalimat yang cukup berhati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin
  sekali menjaga ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak menjaga 
ibu  dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan 
bapak  tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah
  yang kali keempat kami mengizinkan ayah menikah lagi,  kami rasa 
ibupun  akan mengizinkannya. Bila ayah akan menikmati masa tua ayah 
dengan  berkorban seperti ini …..kami sudah tidak sampai hati melihat 
ayah  begini… kami berjanji akan menjaga ibu dengan sebaik-baiknya 
secara  bergilir2,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku.
  …. jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin ayah akan  
berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… .
  itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian…”Sejenak 
kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia 
ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian
 tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? 
Kalian menginginkan ayah bahagia …. Apakah batin ayah dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian
  menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga  
oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak
  kedengaran tangisan anak-anak pak Suyatno…Merekapun  melihat  
butiran-butiran kecil jatuh di mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata 
 suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya pak
  Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel 
 jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun  
mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun menjaga Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah
  pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah  
cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur…
Saya
  memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat
  diapun dengan sabar menjaga saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati  
zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia  
memberi saya 4 orang anak yang comel dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat
  pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit …   
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di
  atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
Masih ada lagikah kasih sayang sejati dari seorang suami di zaman ini??
semuanya kalau buat kerana Allah akan memberi kebaikkan pada semua org.tp berapa ramai suami yg mcm ni ada.ada dikalangan org yg sy kenal,ms wanita tu msh isteri org dia berusaha dapatkn sehingga bercerai & kemudian dorang kawen.lepas kawen wanita pregnant & masa bersalin ada masalah.selepas bersalin wanita tu koma agak lama.lepas sedar dia lumpuh & x mampu bercakap.at last even x di ceraikn pun si suami tetap kawen lain.jd pengajaran pada sy kisah yg sy tgk sendiri dpn mata
ReplyDeletemenitis airmata baca kisah ini...masih adakah suami yang mencintai wanita kerana Allah..masih adakah suami sepertinya....?????????
ReplyDeletejom mengembara
ReplyDeletekemana ? thailand, bermula dari bukit kayu hitam, hatyai, bangkok, pataya, chengmai,chengrai dan maesai.
cara ? bas
bila ? permulaan cuti sekolah bulan nov 2014
nak join?
hubungi
azzad69@gmail.com