[PENING] Misteri Bukit Dipenuhi Salib Di Lithuana | AGENDA APAKAH INI? | Inilah lokasi warisan sejarah kebanggaan negara Lithuania, Hill of 
Crosses yang juga menjadi lokasi ziarah penganut Kristian, terletak 12 
km di sebelah utara kota Siauliai, Lithuania Utara.

Sesuai namanya, 
bukit kecil ini penuh dengan pelbagai salib.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tidak diketahui sejak bila dan bagaimana sejarah terkumpulnya begitu 
banyak salib di tempat ini. Dikatakan terdapat lebih daripada 100,000 
salib di Hill of Crosses.
Pelbagai cerita beredar tanpa sumber sejarah yang sahih, dan akhirnya
 menjadi lagenda tentang asal-usul Hill of Crosses. Salah satu kisah 
menyebut pada abad ke-13 ketika majoriti penduduk memeluk kepercayaan 
pagan, mereka membakar sebuah gereja di tempat itu. Setelah peristiwa 
tersebut, Hill of Crosses menjadi simbol peringatan dan pengunjung yang 
datang mulai membawa salib serta meletakkannya di tempat tersebut.

Pada tahun 1831 dan 1863, ketika pemberontakan anti-Soviet terjadi, 
semakin ramai pengunjung berduyun-duyun datang ke bukit ini. Namun 
ketika Soviet berkuasa, pemerintah berusaha meratakan Hill of Crosses 
sebanyak 3 kali dan menggali parit di sekitar bukit sebagai usaha untuk 
menghentikan kedatangan orang ramai ke situ.
Pada masa regim komunis, penanaman salib merupakan tindakan kejahatan
 dan mendapat ancaman hukuman berat. Namun walaupun begitu, tak ada yang
 peduli dan tetap berziarah ke Hill of Crosses. Setelah Soviet runtuh 
pada tahun 1991, Hill of Crosses menjadi lokasi kebanggaan nasional 
Lithuania.



Mati-mati ingat dkt Malaysia! Hehe
ReplyDeleteApa masalah nya kalau dkat malaysia?
Delete