[EKSKLUSIF] Pelakon Ugut Bunuh | Siapa Dia? | Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit 
sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook 
miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya 
dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, 
Khamis lalu.

Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan 
rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan 
mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada 
imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan 
perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status 
lain selepas ugutan itu.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia 
yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di 
Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan 
risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.
Mcm mcm kisah artis, tah apalah dunia!!
ReplyDelete