[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Kisah Benar Pengakuan Bekas Pelacur Kelas Atasan | KISAH NYATA KISAH BENAR | ARIN, 27, (bukan nama sebenar) membuka kisah paling hitam dalam 
hidupnya yang selama ini menjadi rahsia peribadi paling dalam buatnya.

Melihat penampilannya kini yang ayu bertudung tambahan pula mempunyai kerjaya di sektor awam, tiada siapa menyangka bahawa dia pernah menjadi pelacur kelas atasan. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni 
Semua itu hanya untuk mencari wang mudah bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama.
“Bila difikirkan balik, saya tidak tahu bagaimana saya boleh terjebak
 dan melakukan perkara seperti itu. Kalau saya bercerita dengan individu
 yang mengenali saya, pasti mereka berkata saya merepek,” ceritanya.
Ada benar apa yang dikatakan Arin. Melalui penampilannya, jelas 
keayuan dan keperibadian seorang wanita Melayu asli yang penuh dengan 
sopan dan santun.
Menceritakan detik bermulanya kisah hitam dalam hidupnya itu, Arin 
memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia berada pada tahun akhir 
pengajian di sebuah universiti tempatan.
Walaupun berpenampilan sopan dan bertudung, pergaulan bebas menjadikan dia hanyut dalam kemanisan kehidupan remaja.
Aktiviti lewat malam menghiasi diari hari minggunya dengan 
mengunjungi kelab malam. Namun, dia memberitahu, dia bukanlah jenis 
gadis yang terlalu liar dan hanya mengunjungi kelab malam bersama 
teman-teman perempuannya yang lain. Arin bernekad untuk mencari wang bagi membeli komputer riba yang baru. Namun, mendapat wang sehingga RM3,000 bagi pelajar adalah sesuatu yang sukar.
  
Pelajar jurusan komunikasi itu akhirnya mendapat ilham setelah 
melihat seorang rakannya yang diulit kemewahan hasil pekerjaan sebagai 
gadis pengiring dan pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di sebuah pusat
 karaoke mewah di ibu negara.
“Kawan saya itu sangat mewah. Dia jadi GRO ada gaji tetap. Tugas dia 
melayan tetamu yang datang ke pusat itu yang kebanyakannya warga asing.
“Jika ada pelanggan yang mahu membawanya bermalam di luar 
(kebiasaannya hotel) bayaran tambahan akan diberi kebiasaannya melebihi 
RM1,000 semalam. Bayangkan berapa pendapatan yang dia boleh dapat 
sebulan,” ujarnya.
Oleh kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang, Arin menawarkan diri untuk bekerja di situ secara separuh masa.
Tidak dinafikan, perasaan takut mula menyelubungi pada hari pertama 
bekerja di situ. Selepas tiga hari, dia mendapat tempahan untuk dibawa 
bermalam.
Pelanggan akan menjemput di hadapan pusat tersebut selepas selesai waktu bekerja dan akan menghantarnya semula selepas selesai.
Pengalaman pertamanya adalah dengan pelanggan dari Korea. Selepas 
selesai melakukan hubungan seks dan berehat seketika, dia dihantar 
semula ke pusat karaoke tersebut.
“Bila mula-mula dapat duit memang rasa seronok sangat tapi perasan 
sedih hanya tuhan sahaja yang tahu. Kita bersama dengan orang yang tidak
 dikenali dan mereka akan melayan kita seperti haiwan.
“Maklumlah, mereka membayar kita ribuan ringgit. Masa tu rasa diri ni
 hina sangat. Mereka kasar terutama pelanggan dari negara Timur Tengah. 
Mereka buat apa saja yang mereka suka,” katanya.
Menurut Arin, bila melihat wang yang banyak dia tidak merungut. 
Walaupun duit yang diperlukan untuk membeli komputer riba sudah 
mencukupi, dia menjadi seperti gian mahukan jumlah yang lebih banyak.
Wang tersebut digunakan untuk membeli pakaian, barang perhiasan dan juga bersukaria bersama teman-teman.
Namun, apabila tamat peperiksaan akhir, Arin pulang ke pangkuan 
keluarga. Ketika itu dia terpaksa meninggalkan pekerjaan mewahnya itu.
Sejurus pulang ke rumah ibunya, Arin secara automatik berasa dirinya 
sangat kotor dan perasaan tersebut tidak pernah muncul dalam dirinya 
sepanjang 45 hari dia bergelumang sebagai pelacur kelas atasan.
“Pelacur kelas atasan?!… Bila fikirkan balik saya rasa nak menjerit sahaja. Tak sangka saya sanggup melakukannya,” ujarnya lagi.
ish3....nauzubillah... moga-moga kita dan keluarga terhindar dari ujian dunia macam tu...
ReplyDeleteabe, jom singgah...
Jom singgah! Bantu anak-anak yatim!
http://katanajeeb.blogspot.com/2014/01/program-projek-iqra-untuk-tahun-2014.html