[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Inilah Pulau Paling Bahaya Dan Terpencil Di Dunia | HATI-HATI - PERLU DIBERI PERHATIAN | North Sentinel Island – North Sentinel Island di Teluk Banggala 
adalah pulau yang paling terpencil dan berbahaya untuk pelawat.

Kerana 
penduduk asal disana tidak suka dengan pendatang, mereka bahkan membunuh
 tanpa sebab!
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Teluk Banggala terbentang luas dari wilayah India dan Myanmar. Di 
sana terdapat Kepulauan Andaman yang kedudukannya tidak jauh dari Pulau 
Sumatera. Salah satu pulau dari sekitar 572 pulau di sana adalah North 
Sentinel Island yang penduduk asalnya terpinggir dari dunia luar.
Dari laman News Australia pada Isnin (6/1/2014) mengatakan North 
Sentinel Island sebagai salah satu pulau paling terpencil di dunia. 
Alasannya adalah penduduk pulau itu sendiri, iaitu suku Sentinel.
Suku Sentinel dianggarkan telah menetap di sana selama beribu-ribu 
tahun. Mereka masih hidup dengan cara tradisional dan meminggirkan diri 
dari perabadan dunia luar. Tidak hanya itu, suku Sentinel juga tidak 
suka dengan para pendatang. Baik penyelidik, wartawan, lembaga 
kemanusiaan, hingga pelancong, suku Sentinel akan mengusirnya.
Buktinya, peristiwa yang dialami tentera Tentera Laut India pada 2004
 silam. Ketika itu, terjadi bencana tsunami dahsyat yang menimpa Lautan 
Hindi, termasuk North Sentinel Island dan juga Aceh di Indonesia. Ketika
 itu, tentera Angkatan Laut India menghantar bantuan berupa makanan dari
 atas helikopter.
Tapi ternyata, suku Sentinel yang berada di tepian pantai lantas 
memanah dan membaling lembing ke arah helikopter yang sedang terbang. 
Para tentera yang ingin memberi bantuan dan bertemu dengan mereka pun 
terpaksa berpatah balik.



Bahaya tu kalo kita nak bantu pun di marahnya
ReplyDelete