[PANAS] Kes Guru Mualaf SJKC Ini Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar | APA YANG BERLAKU NI? | KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang 
marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi
 mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis 
Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim 
membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah 
yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah 
menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain 
mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.
Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis 
Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan
 serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, 
Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh 
menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat 
Islam.
“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut 
memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, 
namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini 
daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya 
yang ditemui di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang 
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff 
berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta 
supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa 
dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak 
menimbulkan perkara yang tidak diingini.
“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.
 Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat 
Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima 
laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.
p/s: TERKINI maklmat yang Abe terima, kes ini telahpun dianggap selesai setelah satu perjumpaan antara Cikgu ini, guru besar dan beberapa guru2 lain telah dibuat. Satu permohonan MAAF secara TERBUKA telah dibuat kepada Cikgu tersebut, Alhamdulillah 
ouh...benda ni la org dok bisng2 dlm fb tuu....hari ni baru sempat bca artikel pasal ni..huhu...
ReplyDeletekasihannya
ReplyDelete