[EKSKLUSIF] Pelancong Malaysia Dizalimi Di Bangkok | KISAH NYATA KISAH BENAR | Kepada kita yang suka melancong ke luar negara …satu peringatan.

I 
would like to relate to you all an incidence… quite recent, i.e. about 
two weeks ago… After my daughter’s wedding in early February, I had gone
 to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my
 cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan
 cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan 
isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.
Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya 
sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada 
free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter 
bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok 
diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
 brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 
karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, 
tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok 
beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang 
sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil 
sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure 
hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang 
sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. 
Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang 
dibelinya di Duty Free Shop tadi….. bersama dengan rokok sebungkus yang 
disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke 
balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes 
kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih 
berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin 
disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu 
meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai 
polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) 
my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu 
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut 
dibayar.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah
 dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang 
mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah 
seorang kenalan mereka di Bangkok.
Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah 
berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum 
dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri 
pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat 
pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau 
terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan 
didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang 
menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My
 cousin’s wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang 
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki 
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.
Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki 
pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba 
menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang 
lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat 
baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di 
Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat 
MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan 
abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000…. . tapi adik ipar my 
cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000. Maka
 setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan
 pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari 
balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut 
sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang 
diperolehi yang terdiri dari matawang asing… dan mereka sedikit pun 
tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya 
berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh 
mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the 
RM11,000? Tak disebut pun…).
Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama 
beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang 
penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di 
airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan 
kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu 
membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak 
imigresen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia 
telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.
Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau 
menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my 
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni 
kata ada tiket lagi dengan air asia…(nampaknya semua peringkat yang 
mengambil kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my 
cousin dan isteri beliau sebagai ‘Thief’! Bukan itu saja, my cousin 
telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau 
telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak 
imigresen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresen di 
Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian 
ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita….tapi yang peliknya kenapa
 perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun 
menyatakan perkara yang sama…… dan menasihatkan my cousin supaya 
memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam 
waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut 
kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya 
sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ….. macam cerita wayang 
saja……. tapi percayalah….. memang ini kisah benar.
Menakutkan betul. Macam macam tektik mereka ni.
ReplyDeletehal gini dh lama berlaku...dlu saya de prnah terbaca kes spt ni kt forum r blog tp warga kita berbangsa cina rasenye yg kne...diorg gne taktik rokok camtu la...klau gi bangkok mmg gitula agaknye tp blah phuket r nearby lain plak taktik mrk nk kaut duit tourist...n plus lembik nye goverment kite kt diorg ni menambahkn lagi kesukaran si mangsa tu..
ReplyDeletesnng cite always check pe yg kite ambil n bayar kt bangkok lebih2 kt airport,stesen keretapi,bas dsb...dan klau bleh trun dr flight trus ke kedutaan minta nasihat dsb lps tu bru pegi jln2...