[EKSKLUSIF] BIODATA Bekas Menteri Besar KELANTAN | Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat | Tuan
 Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan 
bekas Menteri Besar Kelantan. 

Namun imej beliau lebih terserlah sebagai 
seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia
 (PAS).
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) 
telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod 
paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.  
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh 
didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential 
Muslims".
Dilahirkan pada tahun 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai 
seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap 
masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. 
Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam 
pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan
 dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang
 dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali 
dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang 
aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah 
Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad 
Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah 
beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat 
Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan 
ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan 
menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah 
ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja 
dari rumahnya.
Sanah Helwah Tok Guru Nik Aziz Yg ke 83 tahun. 
Semoga dipanjangkan Umur, Murah Rezeki dan diberi Kekuatan Untuk 
Meneruskan Perjuangan dlm menyebarkan Agama Islam yg Syumul. 


hepi bthday tok uru....
ReplyDeleteBiodata tok guru membawa aku kesini,rindu betul dengan kuliah tuan guru
ReplyDelete