[EKSKLUSIF] 4 Perbezaan Besar Ahli Sunnah vs Syiah | WAJIB BACA !!! | “Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu dari golongan Syiah,” kata Imam as-Shafie.

Imam Malik pula ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata; 
“Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) 
daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu.”
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Malah dalam satu majlis ketika Imam Malik ditanya mengenai tindakan 
Syiah memaki sahabat-sahabat Rasulullah, beliau telah membaca ayat ke 29
 Surah al-Fath yang bermaksud; “Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang bersamanya bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir (memusuhi Islam).”
Imam Malik kemudian berkata; “Sesiapa yang merasa marah apabila 
membicarakan mereka (iaitu golongan Syiah) maka dia telah benar-benar 
mengamalkan ayat tersebut.”
Berdasarkan petikan di atas jelas kedua-dua imam besar mazhab itu mengecam dan menempelak fahaman Syiah.
Sebenarnya pertentangan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan 
Syiah adalah sangat besar. Pertentangan antara dua fahaman itu bukannya 
melibatkan soal fiqh tetapi dalam soal akidah, perkara paling pokok 
serta asas dalam Islam.
Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail
 Omar berkata, terdapat tiga perkara paling pokok dalam soal akidah yang
 membezakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.
Tiga perkara itu ialah al-Quran, al-Hadis dan para Sahabat Rasulullah.
Beliau yang cukup berpengetahuan tentang Syiah dan pernah menulis 
mengenai fahaman itu dalam bukunya bertajuk ‘Hukum ulama-ulama Islam 
terhadap Syiah’ pada tahun 1987 telah membuat perbezaan antara Ahli 
Sunnah Wal Jamaah dan Syiah terhadap ketiga-tiga soal pokok tersebut. 
 1. AL-QURAN
Al-Quran: Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang 
tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa 
sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan 
makhluk.
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang 
terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau
 berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang 
sehinggalah berlakunya hari Kiamat.
Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) 
terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab 
diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan 
Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.
Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah 
sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.” 
Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam. 
Al-Quran: Syiah 
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah 
ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, 
pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.
Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung 
pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. 
Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai 
imam selepas Rasulullah SAW.
Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama 
alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 
hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan
 penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka 
surat 180. Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada 
ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan 
dikurangkan.

2. AL-HADIS
Al-hadis: Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayar-ayat al-Quran.
Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadis yang sahih 
riwayatnya daripada Rasulullah adalah tidak dibenarkan. Kesahihan hadis 
ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama-ulama hadis.
Caranya adalah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa 
membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi 
hadis diketahui sejarah hidupnya.
Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.
Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga . 
Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan serta 
kesahihan hadis. Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu amanah yang 
berat lagi mulia mengatasi segala-galanya. 
Al-Hadis: Syiah 
Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh 
kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan 
oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.
Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat 
daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang 
sahih. Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.
Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti 
ayat ini: “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa 
sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata…’”
Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang 
tidak ditetapkan kesahihannya. Beginilah mereka bangunkan agama mereka. 
Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada Sunnah Rasulullah. 
3.PARA SAHABAT RASULULLAH SAW
Para Sahabat: Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Ahli sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas 
semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli sunnah 
menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka adalah berpunca 
daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang 
dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.
Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap para sahabat
 Rasulullah. Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain 
sentiasa dipuji oleh Allah berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama 
sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.
Sesungguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai 
sahabat-sahabat Rasulullah agama Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad 
akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga saat ini. 
Para Sahabat: Syiah 
Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan 
junjungan besar Rasulullah kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak 
melebihi jari-jari di tangan. Mereka hanya mengiktiraf Ali, Fatimah 
binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad,
 Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
Selain itu mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa. 
Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali yang telah diwasiatkan
 sebagai pengganti Rasulullah.
Sebahagian lain pula beranggapan Ali sebagai nabi. Maka mereka 
menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah 
sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.
Sesiapa yang menentang pendapat Ali, mereka itu zalim atau kafir atau
 fasik. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu 
cicitnya turun temurun.
Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman Syiah terhadap 
para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Saidina Abu Bakar 
as-Siddiq dan kepada Saidina Umar al-Khattab yang merupakan khalifah 
pertama dan kedua. Kedua-dua sahabat besar Rasulullah itu telah digelar 
sebagai al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.
Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap
 Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa 
mereka yang dinamakan ‘Doa dua berhala Quraisy’. Doa ini terdapat di 
dalam kitab mereka (kunci hati) pada muka surat 114.
Doa tersebut seperti berikut; “Ya Allah, sejahterakanlah atas 
Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua 
berhala Quraish, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua 
anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).

4. TAUHID
Tauhid: Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang maha Esa, yang maha Berkuasa, 
tiada sekutu bagi-Nya, tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan 
antara Allah dan seluruh hamba-Nya. Beriman dengan ayat-ayat yang 
mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana diturunkan oleh Allah tanpa 
menyerupai sesuatu (tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, 
sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya, – Surah as-Syura ayat ke 11).
Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka 
tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. 
Semua nabi menyampaikan semua risalah tanpa menyembunyikan apa-apa. 
Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, 
nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah 
semata-mata. 
Tauhid: Syiah 
 Mereka beriman dengan Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa
 imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui 
perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam 
ini. Mereka beranggapan bahawa ada satu kuasa khas yang dimiliki oleh 
wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah.
Mereka beribadat selain daripada Allah dengan berkata ‘Wahai Ali, 
wahai Hussain, wahai Zainab’. Mereka bernazar dan menyembelih binatang 
kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka meminta hajat daripada 
orang yang telah mati.
Segala kepercayaan amalan ini tiada mempunyai asas dalam agama Islam yang suci. 
Sedikit infografik tentang populasi Syiah:


Semoga kita trhndr dr trpdya dgn fahaman syiah..aamiin.
ReplyDelete