Isi Kandungan Bajet 2014 [Ringkasan] | Pembentangan Bajet 2014 Malaysia | Tarikh: 25 Oktober 2013. Masa: 4.00 petang – 6.00 petang. Lokasi: Dewan Rakyat. Pembentang: Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)
Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
- Fisikal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
 - Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
 - Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
 - Skim Usahawan Pasar Malan dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4%
 - Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar
 - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
 - Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25%
 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
 - Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M): RM250 untuk setiap pelajat pusat pengajian tinggi.
 - Bantuan Persekolahan RM100 diteruskan.
 - Fasa ke-2 High-Speed Broadband (HSBB) dengan kerjasama pihak swasta melibatkan pelaburan RM1.8bil. Lebih liputan dikawasan pedalaman. Kelajuan Internet ditingkatkan kepada 10 Mbps.
 - 50 buah Klinik 1Malaysia akan dibuka, 6000 jurulatih baru akan dilatih melibatkan RM3.3 billion
 - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500
 - Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
 - Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
 - Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
 - Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
 
 Nota: Akan diupdate lagi selepas ini..

terima kasih di atas perkongsian ini...
ReplyDelete