Wanita Kerat Kemaluan Doktor & Pos Kepada Isteri | BILA PERTIMBANGAN DIRI HILANG | Seorang wanita telah mengaku membunuh seorang doktor dengan mengerat 
tekak dan kemaluan lelaki tersebut turut dipotong serta dihantar kepada 
isteri doktor lelaki tersebut sebelum petugas kurier menghantar bungkusan
 berisi kemaluan ke balai polis.

(Gambar Preeti diiring oleh polis)
New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya
 dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, 
Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis 
Govindnagar dengan sebuah bungkusan.
Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. 
Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.
Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam 
pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah 
itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 
tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.
“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya 
bekerja di kliniknya pada 2003.
“Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.
“Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.
“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya 
agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat 
bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan
 kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi 
Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah 
agar dia dirawat,” katanya. – Agensi
13 thn didera. He deserved it. Jahat dibalas jahat.
ReplyDelete