MESIR TERKINI | Di Manakah Presiden Dr Mohamed Mursi Ketika Ini? | Semenjak Beliau ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di 
manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih 
hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?
Bagaimanakah
 pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus 
hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan 
Republik atau Mursi menerima nasib sama seperti bekas 
pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu 
dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
 Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?
Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir. Sejak
 penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya 
ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota 
keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan 
bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.
Dua hari selepas 
mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour 
mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga 
tarikh pilihan raya ditetapkan.
Apa berlaku seterusnya?
Ketika
 Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 
juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, 
sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap 
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen. Pilihan
 raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi tanpa 
pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam 
penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
Parlimen Mesir 
diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah 
al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa. Beliau 
menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal 
menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta 
hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan. Kejatuhan
 Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya 
demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan 
Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama
 lebih 80 tahun.
Ini
 adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih 
rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan 
Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 
2011. Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara 
mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika 
Syarikat (AS) dan Israel.
Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel 
Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat 
Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan 
dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El
 Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum 
terjawab.
Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?
Gerakan
 Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih
 daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh 
Hassan al Banna pada tahun 1928. Sheikh Hassan dan pengikut pada 
asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di
 Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak 
sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.
Pada awal 
penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu 
keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi 
melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam
 sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.
Pada era
 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan
 perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud 
Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan 
Ikhwanul Muslimin. Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan
 ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950 selama berdekad di
 mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota 
gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di 
antara mereka dipenjarakan. Selama 30 tahun kemudian Ikwanul 
Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat 
mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan 
mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.
Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?
Di
 sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, 
mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin 
diktator Hosni. Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur
 hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa 
kebangkitan rakyat pada 2011. Keputusan tersebut sekali gus 
menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah 
mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.
Hukuman berat ke atas 
bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan 
ketegangan menjelang pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan 
pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri. Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.
Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.” Menurutnya,
 Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam 
semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu. Lebih 850
 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan 
beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan 
peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun 
lalu.
Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah 
Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib 
isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap 
berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan 
pembebasan.
sumber : Sinar Harian

smoga mursi tetap terus tabah..
ReplyDelete