ADAB MEMULIAKAN TETAMU (Sabda Rasululah S.A.W) | Sekadar Perkongsian
8/04/2013 08:30:00 pm
ADAB MEMULIAKAN TETAMU (Sabda Rasululah S.A.W) | Sekadar Perkongsian | Salam
 silaturrahim buat semua Sahabat-Sahabat Abe ini. Terima kasih kerana 
dirimu cukup setia Mentaati Suruhan ALLAH.
Tiada kata indah yang dapat 
Abe ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil Nukilan
 Abe walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia Abe 
selama ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
 Pada hari yang damai ini, terdetik dihati Abe
 ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang 
remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh 
itu, bicara pada malam ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita 
ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan 
sebagainya.
“Adakah sebelum ini Abe melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah Abe dengan baik?”.
“Adakah Abe mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama Abe, Agama Islam?”
Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiran Abe ketika ini. Mungkin juga korang berfikir persoalan yang sama.
Justeru
 itu, pada kesempatan ini Abe memohon ampun dan maaf kepada mereka yang 
pernah bertamu ke rumah Abe seandainya layanan dan sambutan kehadiranmu 
sebelum ini kurang memuaskan hati dan andainya terguris perasaan.
Dengan
 demikian, Abe tuliskan bicara ini adalah sebagai usaha ke arah 
memperbaiki diri Abe, dirimu dan kita semua agar segala sesuatu yang 
dilakukan dalam kehidupan seharian kita mengikuti akhlak dan adab yang 
telah diajar oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW serta 
mengamalkannya.
Makanya terimalah bicara Abe yang berjudul : Adab Memuliakan Tetamu. (Sabda Rasululah S.A.W)
Tetamu ialah orang yang datang menziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab.
Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
- Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
 
- Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
 
- Wajib menutup aurat.
 
- Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
 
- Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
 
- Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
 
- Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
 
Itulah
 sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu 
yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, 
maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
- Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
 
- Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
 
- Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
 
- Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
 
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
- Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
 
- Mendapat dosa.
 
- Merenggangkan hubungan silaturrahim.
 
- Tidak dihormati oleh masyarakat.
 
- Menimbulkan fitnah.
 
Dengan
 bicara ringkas pada malam berunsur pagi ini, harapan Abe agar ia dapat 
menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Untuk diri 
Abe, dirimu dan kita semua. Semoga kehidupan kita diberkati dan diredhai
 oleh Allah SWT.
Ya Allah…Kami hamba-MU yang lemah 
lagi daif, ampunilah segala dosa-dosa kami…Kami juga memohon kepada-MU 
agar ENGKAU kurniakan kepada kami akhlak yang baik sepertimana akhlak 
para nabi dan para sahabat serta kekasih-MU Ya Allah…Tuhan Semesta 
Alam….Amin.
Wallahu a’lam.



3 comments
Perkongsian yang sangat berguna..
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna.Macam Saya sendiri mmg rasa tidak sedap hati jika tetamu dtg tanpa menjamah sebarang makanan..Kena jgk sediakan makanan walaupun hanya sekasar air teh dan cekodok paling kurang
ReplyDeleteInfo yg sgt bagus.Macam sy sendiri mmg tak sedap hati kalau tetamu balik tanpa menjamah sebarang makanan.kena sediakan jgk walaupun sekadar teh dan cekodok paling kurang..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"