SEJARAH LAUNGAN AZAN | WAJIB BACA Oleh Semua UMAT ISLAM | Azan mulai disyariatkan pada tahun kedua Hijriah. Pada suatu hari Nabi 
Muhammad SAW mengumpulkan para sahabat untuk memusyawarah bagaimana cara
 memberitahu masuknya waktu solat dam mengajak orang ramai agar 
berkumpul ke masjid untuk melakukan solat berjamaah.
Di dalam musyawarah itu ada beberapa usulan. Ada yang mengusulkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu
 solat telah masuk. Apabila benderanya telah berkibar, hendaklah orang 
yang melihatnya memberitahu kepada umum. Ada juga yang mengusulkan 
supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh pemeluk agama 
Yahudi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
 Ada lagi yang mengusulkan supaya dibunyikan lonceng 
seperti yang biasa dilakukan oleh orang Nasrani. Ada seorang sahabat 
yang menyarankan bahawa apabila waktu solat tiba, maka segera dinyalakan
 api pada tempat yang tinggi dimana orang ramai dapat dengan mudah 
melihat ke tempat itu, atau setidaknya, asapnya dapat dilihat orang 
walaupun ia berada ditempat yang jauh. Yang melihat api itu dinyalakan, 
hendaklah datang menghadiri solat berjamaah.baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Semua usulan yang 
diajukan itu ditolak oleh Nabi. Tetapi, beliau menukar lafal itu dengan 
assalatu jami’ah (marilah solat berjamaah). Kemudian, ada usul dari Umar
 bin Khattab jika ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil 
kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Kemudian 
saranan ini diterima oleh semua orang dan Nabi Muhammad SAW juga 
menyetujuinya.
Lafal azan tersebut diperoleh dari hadis tentang
 asal muasal azan dan iqamah: Abu Daud mengisahkan bahwa Abdullah bin 
Abbas berkata sebagai berikut: "Ketika cara memanggil kaum muslimin 
untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku
 melihat ada seseorang sedang membawa sebuah lonceng. Aku dekati orang 
itu dan bertanya kepadanya, "Apakah anda bermaksud menjual lonceng itu? 
Jika memang begitu, aku memintanya untuk menjual kepadaku saja". Orang 
tersebut terus bertanya," Untuk apa?" Aku menjawabnya, "Bahawa dengan 
membunyikan lonceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk 
menunaikan solat". Orang itu berkata lagi, "Mahukah kamu kuajari cara 
yang lebih baik? Dan aku menjawab, "Ya" dan dia berkata lagi dengan 
suara yang amat lantang:
Allahu Akbar Allahu Akbar
Asyhadu alla ilaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Hayya 'alash sholah (2 kali)
Hayya 'alal falah (2 kali)
Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illallah
Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad.SAW, dan 
menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad. SAW, 
berkata, "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah disamping Bilal 
dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus 
mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat 
lantang." Lalu akupun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi 
serupa dialami pula oleh Umar. Ia juga menceritakannya kepada Nabi 
Muhammad SAW.

kalu dulu tau sikit jer, sekarang dah tau sejarah dia yang sebetulnya..
ReplyDelete