HUKUM NIKAH GANTUNG | Bagi BAKAL SUAMI Yang Tidak MAMPU DARI SEGI KEWANGAN | Salam, petang ni Abe nak berkongsi dengan korang semua tentang perkara ni. Rujukan Abe dari Blog Kakisembang. 
Soalan :
Assalamualaikum. Boleh saya tahu lebh lanjut mengenai nikah gantung. atau mungkin ustaz boleh buat 1 entry khas mengenai nikah gantung.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Jawapan :
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. 
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang 
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan 
oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan
 oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud 
pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah 
swt menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan 
dan mengharamkan zina. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)
Hukum Perkahwinan
Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh 
menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang
 yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas 
berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam 
permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana 
gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka 
ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang 
berkemampuan dalam segala aspek.
Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin 
dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama 
ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin 
dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan 
berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Nikah Gantung
Banyak betullah istilah-istilah yang digunakan orang melayu dalam 
pernikahan ni, ada cina buta, ada nikah gantung dan macam-macam lagi. 
Nikah gantung yang saya faham adalah seperti majlis pernikahan dibuat 
dahulu dan majlis perkahwinan atau kenduri kemudian. Kebanyakkan orang 
mengatakan bahawa nikah gantung ini bertujuan untuk mengelakkan 
berlakunya zina. Sebut-sebut nikah gantung ni selalunya kita dengar 
kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu atau mabuk bercinta, 
takut makwe dan pakwe dirampas orang lain, maka mereka sanggup merancang
 untuk kahwin gantung.
Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta 
izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak 
lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab 
sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang 
berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. 
Kalau ibu bapa bagi kahwin, maka ia tidak menjadi masalah untuk 
melaksanakan perkahwinan. Redha ibu bapa ini penting sebab di situ ada 
keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa”.
Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan 
perkahwinan tanpa redha mereka. Takut-takut hidup kita tak bahagia dan 
tidak aman, kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada 
kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia.
Dalam hal yang lain juga perlu kita perhatikan, seperti tanggungjawab
 yang akan dipikul oleh orang yang sudah berkahwin, mampukah dia 
melaksanakan perkara tersebut seperti memberi nafkah, perlindungan, 
kebahgiaan dan sebagainya. Kalau mampu maka anda layak untuk berkahwin. 
Haram berkahwin bagi orang yang tidak mampu melaksanakan 
tanggungjawabnya terhadap isterinya. Boleh lihat di atas tentang 
hukum-hukum perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. “ (Al-Baqarah : 233)
Kahwin gantung, mestilah cukup rukun-rukun nikahnya seperti 
penganting lelaki, penganting wanita, dua orang saksi, wali, ijab dan 
qabul. Kalau cukup semua ini, maka perkahwinan tersebut sah dan bolehlah
 pihak penganting bersama. Ada adat melayu kita yang bercanggah dengan 
syarak seperti penganting yang nikah belum kenduri, tidak boleh bersama 
lagi. Sebenarnya perkara ini salah, kerana kenduri itu adalah sunat 
sahaja yang wajib itu adalah akad nikah. Tidak perlulah menghalang 
pengantin berjumpa atau berdua-duaan, lagipun saat itulah yang paling 
indah bagi pasangan pengantin.
Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin
 kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal 
membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau 
boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan 
hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. 
Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari 
kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak 
penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula 
dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang 
hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin 
pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan 
dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang 
sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu 
seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih 
belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada 
yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah 
segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.
Penutup
Apa-apapun sebelum berbuat sesuatu, fikirkanlah dan berdoalah semoga 
Allah memberikan satu jalan keluar dari segala kesulitan yang berlaku. 
Perkahwinan ini adalah satu perkara yang baik dan banyak ganjarannya. Di
 antaranya terhindar dari melakukan dosa, solat boleh khusyuk, mudah 
melakukan ibadah dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.” (Ar-Rum : 21)
Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Entri perkongsian yang bagus, gigih baca dari awal sampai akhir :)
ReplyDelete