Mayat Bangun Semasa Majlis Pengebumian | TERGEMPAR DARI CHINA | Guangdong:
Sebilangan besar jiran tetangga yang hadir di upacara pengebumian 
seorang warga emas, Peng Xiuhua semalam terkejut apabila wanita tua itu 
bangun lalu duduk berbual dengan mereka
Peng, 101, mengejutkan anggota keluarga dan sahabat handainya apabila
 dia bangun di kediamannya di Lianjiang di sini. Dia bertanya mengapa 
terdapat ramai orang di rumahnya sebelum diberitahu bahawa dua anak 
perempuannya menemukan tubuhnya sudah tidak bernyawa sehari sebelum itu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Dua anak perempuannya yang berusia 70-an itu kemudian memandikan ibu 
mereka dan meminta pekerja rumah mayat membuat persediaan untuk upacara 
pengebumian.
Bagaimanapun, upacara pengebumian Peng kemudian dibatalkan kerana 
wanita tua terbabit kini sudah bangun dan berbual seperti sediakala. 
“Bukan saja saya dapat menyaksikan bahawa ramai orang yang mengambil 
berat terhadap diri saya, tetapi saya juga sempat bangun sebelum mereka 
membawa saya untuk upacara pembakaran mayat,” katanya. – metrouk.com

isyh isyh.....
ReplyDelete