Salam.
Bulan Ramadhan ni, semua Syaitan telah ALLAH rantai dari menggangu Umat Manusia... Abe nak kongsi sikit, selain manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.
Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya
langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat
menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada
ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada,
ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman,
kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit
sebanyak mencabar kewarasan.
Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan
sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak
dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama
kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah
mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat. Kat sini Abe nak kongsikan satu kisah dengan korang semua... Kisah ini diceritakan sendiri oleh Faiz...
Mungkin kisah yang diceritakan pemuda
berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan
panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak
diendahkan.
“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan.
“Memandangkan persekitaran kerja yang
dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing
sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja
syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan
balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.
Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat
baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain
sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.
Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu
sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus
memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan
perhatian kepada joran.
“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu,
tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di
atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.
baca lagi KLIK SINI
































