GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah,
 Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua 
lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara. Pada 
masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, 
sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka 
secara tiba-tiba. Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.
“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya 
tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu 
berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan 
bercerita waktu bersahur dan berbuka. “Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa.
 “Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling 
menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika 
ditemui Sinar Harian.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni ye...
Hampir 15 minit berlalu menceritakan 
ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang
 agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. “Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami,” kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu.
 Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah 
menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah 
memujuk.
Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan 
perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib 
segera. Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah.
 “Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita 
berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak 
menghormati kita yang beragama Islam. “Tindakan perlu diambil 
memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, 
sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik 
saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana,” katanya.
Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar
 Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi
 gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah 
agama kepada seorang lelaki Melayu Islam. Gambar yang dirakam 
sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa 
asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat. 
Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook  Asti Toba berkata, gambar 
berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data 
golongan gelandangan.
Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua ‘pelancong’ dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah.
 "Apa yang mengejutkan saya, dua ‘pelancong’ itu tadi memberikan ceramah
 agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam.
 "Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, 
malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 
'Muhammad tidak betul," katanya. Itu antara cerita yang 
dikongsi Asti  dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat 
kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati.
*Perkongsian
 Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & 
untuk korang komen Blog Abe ni, jika tak keluar 'Post A Comment', caranya, korang kena KLIK tajuk 
entri ni, barulah akan muncul Slot 'Post A Comment'... Pastu korang silalah tinggalkan 
Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

moga Allah SWT mlindungi umat2 Islam...
ReplyDeleteorang yahudi tak pernah berhenti menyerang umat Islam. Tak dapat buat secara kasar. diorang buat secara halus
ReplyDeleteBtol2.yhudi mhu mmch umat islam!
Deletehaih kt kampung cheq ni , mudah2an xda kenalan Ty terkena
ReplyDeleteya Allah...macam2 hal ye... dugaan lah tu... buat mereka yg punyai iman yg kuat...insya-Allah...semoga umat Islam sentiasa dilindungi Allah sepanjang bulan ramadhan ni..
ReplyDeletejahat kan diorang tu..
ReplyDeletedi sini pun ada juga..
pakai kemeja putih, seluar hitam..
kadang2 berbasikal..
saya dgn mak saya pun pernah kena.
ingatkan mereka tu kristian,
tp macam pelik je apa yg mereka beritahu...
bahaya ni... memang kena berhati2... susah btl nak percaya dgn org yg baru kita jumpa... kena kuatkan ilmu agama...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/menu-idaman-di-bulan-ramadhan.html
lindungilah kaun2 islam.... bahayanyer.
ReplyDeletekpg mad pun ada gak mat salleh masuk , diorang g rumah saudara mad. biasala memujuk rayu supaya murtad. kalau murtad diorang kasi wang..
ReplyDeleteish2 takutnya.. be careful after this.. thankz for this info..
ReplyDeletemintak2 aik2 aku, mak abah serta kawan2 aku dipelihara dari fitnah seperti ni
ReplyDeletehmm, depa berdakwah jugak untuk kembangkan agama dan kepercayaan depa.
ReplyDeleteKita pun dengan orang bukan islam pun berdakwah dengan cara kita, mungkin diaorag pun ada tulis blog macam ni.
yang penting pihak bertanggungjawab dan diri sendiri mesti sentiasa muhasabbah diri dan kuatkan tarbiyah agar kukuh iman didada kepada Allah S.W.T
dakwah la balik kat dio.. mudah2an dio pulak yang terimo islam... xgitu??
ReplyDeleteΤhanκs іn support of sharing such a pleasant thought, article is fastidiоus, thats ωhy i have read it fully
ReplyDeleteCheck out my site : payday loans