KUALA
 LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata 
kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di 
Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini. Dalam kejadian 
kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya 
Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal
 jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu 
persimpangan lampu isyarat. Ketika kejadian, Hafeeze, seorang 
anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan 
di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah 
syarikat di Cheras.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik 
Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika 
berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas 
berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman 
Setiawangsa. Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran
 kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu 
melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah 
yang lain di persimpangan itu. Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kita
 masih menyiasat…bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca 
daripada kegagalan sistem brek,” katanya menerusi khidmat pesanan 
ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala 
Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Sementara itu, dua saksi yang 
ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca 
daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga
 gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh 
sebuah motosikal. Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang 
dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit
 dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan 
sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.
“Sebelum melanggar 
motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, 
lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan
 mereka tersepit di antara dua bas,” katanya. Khairi Azwan, 29, 
pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan 
kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal. “Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.
“Saya
 lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami 
kecederaan di lutut,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai 
runcit berdekatan. Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan 
Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar 
jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru. “Saya
 tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya 
terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui 
di Bilik Mayat HKL.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – BERNAMA
*Perkongsian
 Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & 
untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk 
entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan 
Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Innalillah....
ReplyDeleteKeciannya... huh..
ReplyDeletehuuuuu.......
ReplyDeleteemmmmm